Sunday, May 31, 2009

Ponder




Why should we fight and blame each others... character of Prophet Yacob and Prophet Yusuf really amazed me...

Even though, Prophet Yacob knew that his sons will threat Yusuf badly, but still he didn't get angry at them... Prophet Yacob was a man with full of patience.

Prophet Yusuf was patient as well. After being threated badly by his brothers... and after Yusuf got title as a minister, but still Prophet Yusuf didn't made any revenges on his brothers. He said to them, "Shaytans (devils) that has disturbed our relationship..."

and now, I want to be like Prophet Yusuf, I don't want to blame anyone.... I just want to blame shaytans! I hate you shaytans!



my today lesson

This evening I read some stories from Sis.Zabrina’s book, Life Is An Open Secret (the green one)...

I feel like want to share with you all the stories here but it is better for you to read them and feel the impacts from the stories… the stories give me a lot of good messages … like, “The Story of a Typical Working Man”, tell me to be in group, not to be individualistic… yes, it hits me, sometimes I feel like prefer to work alone… but this story really make me pondering, group is far more better…… even our Prophet saw had reminded us of the importance of working together in this hadith:
Justify Full
“Faithful believers are to each other as the bricks of a wall, supporting and reinforcing each other.” So saying, the Prophet Muhammad clasped his hands by interlocking his fingers” (Al-Bukhari)..

While “the story of the Housewife and a Package of Sugar” tell me to wake up early in the morning… During that time, our mind and body is in very fresh good condition and the feelings are unique...Do you know, our Prophet saw had made this prayer to his people (ummah)..

About 1427 years ago, Prophet Muhammad (peace be upon him) made this du’aa’ for us:

Sakhr al-Ghamidi narrated that the Prophet (saw) said: “O, Allah, bless my people in their early mornings.” When he sent out a detachment or an army, he sent them at the beginning of the day.

Sakhr was a merchant, and he would send off his merchandise at the beginning of the day; and he became rich and had much wealth. (At-Tirmidhi and Ahmad)…

Wake up in the morning! Have a good intention!


Saturday, May 30, 2009

Night In Museum 2

Hari ni aku keluar tengok wayang cerita museum 2 kat CS(city square)dengan along. Best!! memang banyak ketawa.. hahaha... CS memang famous dengan wayang.. ade 10 halls..hmm.. selain tu die memang famous jadi tempat lepak remaja2 macam aku ni dan juga tempat bersiar-siar bagi couple2.. sangat jarang dapat tengok orang jalan sorang2... pernah sekali aku terserempak ngan kawan aku dengan pakwe die kat cs... err, tak tahulah dah berape banyak pakwe dia pernah ada.. tak nak pun amek tahu... tak rimas ke ah kepala bila ade couple ni? hmm... aku memang tak percaya lelaki tetapi kekadang pura2 percaya..hahaha....

bibik pun ikut sekali.. rasa macam tak sedap pulak.. semalam ikut ari ni tak.. dia kate kat indonesia sana dia suke tengok cerite cinta2 macam ada apa dengan cinta.. ayat2 cinta.. hahaha.. itu bukan kesukaanku... kelmarin aku ada terbaca macam buku nota 555 tapi rupa2 nya buku tu macam diari dia kat sini... err, banyak bahasa jawa lah.. x berapa faham... tapi ade 1 page yang aku macam faham...'aduh susahnya mahu tido asyik teringatkan mas itu...'... err, mas mana ni? mas yang asyik main telefon tu ke? huh.. sebenarnya, kesian jugak aku dengan bibik ni kerana suami dia di indonesia baru je meninggal beberapa bulan yang lepas... tapi aku tengok dia ni macam relax ja.. entah lah.. dulu, akak aku pernah cerita kat aku mamat pakistan yang jual ais krim kat luar tu nak goda bibik ni..tapi bibik kata dia sudah punya suami... nak tahu mamat pakistan ni kata apa? "suami awak di indonesia, bukan di malaysia.."... angah aku cakap mamat pakistan ni memang gs (gila seks)... huh... seks yang gile... orang selalu gile dengan seks... kenapa nak jadi gila? jadilah orang normal... kembali kepada fitrah... cuba belajar untuk mencintai Allah... (memang susah... tapi tak pening kepala)...


hmm, aku melihat mereka ni memang mudah dilamun cinta.. malaysia, selain menawarkan tempat pekerjaan.. juga memberi banyak peluang kepada mereka untuk mencari jodoh.. contohnya bibik akak aku yang dulu tu.. jumpe suami kat malaysia lepas tu balik indonesia kawin... dah ada anak dah.. then suami dia suruh dia datang malaysia minta tolong dia cari duit untuk bayar bank dengan jadi bibik.. di sana mereka buat bisnes itik.. semasa di malaysia suami dia dulu pernah kerja dengan tauke itik.. maka, ada pengetahuan dan pengalaman... bibik 1 akak aku tu memang agak ada angin jugak.. malas a nak cerita.. haha.. tak baik.. hehe... yang kelakarnya tu dia cakap kat akak aku ini first time datang malaysia... suatu hari tengah2 aku minum air dia pun bercerita tentang diri dia... macam2 dia cerita... kisah dia kerja dulu, suka jalan2, jumpe pakwe dia (sekarang suami) dan bla bla bla... dan lastly dia cakap kat aku..."nini, awak jangan bagi tahu puan rohaza dengan encik syazli tau... nanti abes saya.."... hmm, aku tak mintak pun dia cerita tapi dia yang nak cerita sangat then minta suruh rahsia... kelakarlah... percaya betul dia kat aku... hmm, mesti lah aku bagi tahu akak aku.. tak nak aku jadi subahat2 ni..hmm lagipun, aku rasa akak aku tu pun dah dapat hidu.. cara dia bawa diri kat sini pun dah menunjukkan dia tidak kekok dengan jb...

CS,jb dengan shopping mall lain yang aku pi memang berbeza. org jb mesti tahu.. aku bukan org jb.. angah aku keja kat bangunan ni lar.. tapi tingkat kat atas tu... x pernah pulak aku perasan ada ofis maybank kat atas.. tapi kat situ lah jugak... semenjak adanya bangunan iskandar tu kawasan sekitar CS macam dah mula kurang sibuk macam dulu..

dah lar... penat... semalam insomnia paling teruk... hmm, aku dpt tdo pukul 6 lebih... orang lain bangun..aku pulak tdo.. nasib baik ada mc... err, tapi harus lakukan sesuatu... islam is a way of life.. dan aku gagal lagi untuk konsisten dengan gaya hidup islam.. susah betul nak maintain... tapi tidak boleh quit.. kena teruskan jugak... selagi hidup...

Friday, May 29, 2009

Roméo & Juliette part 1 (full of happy moments)


















Roméo & Juliette part 2 (full of sad moments)


















Cinta boleh bertukar benci

Ini pertama kali aku stay JB sorang2 dengan bibik.. sampai hari Ahad aku di sini.. Apa yang akan berlaku? sesungguhnya aku memang tak tengok tv kalau dah tinggal sorang2...

Hmm, tadi aku sambung niat lama nak tengok muzikal performance romeo et juliett sampai habis....... dari awal hingga ke akhirnya= 37 video... aku ingatkan ending dia macam titanic.. romeo mati.. rupe2 nya juliet sekali bunuh diri nak mati sama2 dengan romeo... sanggupnya dia bunuh diri kerana terlalu cinta akan seorang lelaki... haha... macam2 dah berlaku hanya kerana cinta jenis ini... tapi realitinya tak seperti kisah romeo et juliette yang penuh dengan idealisme..huhu...

ingat tak dulu kisah seorang isteri sanggup bunuh 2 anak dia kerana suami nak kawin lagi satu... si isteri itu sanggup lemaskan anak2 dia dengan bantal.. dan yang terbaru aku baca kat akhbar seorang isteri bunuh suaminya dan tanam mayat suami dia di belakang rumah dengan dibantu oleh sepupunya... hmm, bagaimanakah itu? cinta bertukar menjadi benci? memang betul lar jugak kata atok Trump ni... benci daripada orang yang pernah dicintai lebih mendalam daripada benci oleh musuh sendiri (kalau ada musuh)...

"i have seen bad deals and bad partnerships. I have seen lots of business deals in litigation-and litigation is not nice. There is nothing worse than a man and a woman that are fighting, especially when they fighting over their assets, their children, their business, their home, their cars and everything else. It's terrible. You are in love with somebody, and then realize you are in a war. The battle is so intense than it gets in a business transaction. There is nothing more vicious than a man or a woman going through a divorce. It is a pure hell, like nothing I have ever see..... LOVE blinds most couples to the truth, and they refuse to face the fact that something bad could happen between them..." TRUMP....

okay...okay.. let's back to romeo et juliette... sebenarnya aku sangat suka lagu tema pementasan teater muzikal ini... AIMER = LOVE... lagu ini juga kami guna untuk persembahan medley dahulu di SERATAS (sek. raja tun azlan shah) di Taiping, Perak yang amat berdekatan dengan zoo taiping... malahan tak perlu pergi zoo kerana ada juga monyet2 yang tersesat masuk dalam asrama... seram betul... patutlah asrama die penuh dengan jaring2.... huh...


Friday, May 8, 2009

What a nuisance sms!

At around 11 am...

unknown: ni sapa?

me: hmm, i oso dun knOw u

unknown: eleh, pkai 6be kdah ja, tp speakig bi, ang dok bg msg kt 6be ni *** ******* saipa? ang xreti bhsa ka? aku bkn hajar..byak kali dah dok tpon aku, aku kta bkan, bkan la..gatai dok kacau orag, pompuan pa ang ni? cara bg msg mcm orag pndai, tp bodo, dah la bodo, gatai plak.. jgn kcau aku bleh dak? mugkin 6be 2 block dlu, pas2 center celcom bt len la, ak bli.. idiot..!

me: Oh ya ke. maaf la. ak memang ingt ni num kak hajar. dia da lm x plg bk ak. n x da ckp pun dia tukar num. maaf ya! assalamualaikum

unknown: ang ingat nah, lg skali kalau ang bg msg ka,tpon ka, aku p report polis, ang ingat xdak seksyen ka? aku cas ang gangu k'tenteraman org.. bodo..!!!

me: hmm..haha.. buat la report! apa da.. aku bkn budak gatal la. x kuasa nk menggatal. pak cik tak baik tau doa orang bodoh. hmm, hakikatnya mmg manusia lahir dlm bodoh. hnya Allah yang Maha Pandai. ok pak cik maaf skali lg. salam...

unknown: ckap pndai, tp bodo..ingat aku heran pa ang ckap? aku bg 6be ang kt geng mat rempit..! nnti ang lyan la puas2.. 2 la akibat suka kacau orag..

Amboi... kasarnya bahasa budak ni kan? hmm.. tak tau nak kata apa... malas nak reply... err, kalau betul dia bagi num aku kat geng mat rempit... alamatnya aku pulak yang kena tukar num lagi....

Mesej aku yang awal ni ja:
salam, kak hajar buku english sy masih pd akak kan? 'my name'
Dan tengok lar lepas tu dia kata apa kat aku?
budak gatal... budak miang... bodah...
hahaha.... apa2 je lar...
memang ganas betul la orang utara ni...
aku reject awal2...
okay lar....
aku tengah nak kontrol jiwa ni.... hmm, moga Allah bagi hidayah kat budak tu... amen

Thursday, May 7, 2009

Ya ke?

Tadi petang masa mak buat kueh karipap... mak cerita kat aku pasal arwah pak uda masa lepas pembedahan hari tu (menurut apa yang diceritakan oleh mak uda kepada emak)...

Lepas pembedahan, pak uda sudah tidak boleh mengeluarkan suaranya. Doktor berpesan kepada mak uda untuk selalu bercakap-cakap dengan pak uda supaya ingatan pak uda okay aktif.... (untuk elak daripada hilang ingatan)

Maka, mak uda selalulah tanya-tanya pak uda macam ni...

"anak awak ada berapa?"
pak uda menunjukkan isyarat 4 dengan menggunakan jari...

"cucu awak ada berapa?"
2....

dan ada lar lagi soalannya... semuanya dijawab dengan baik...

Hmm, tapi lepas tu.. mak uda tanya ni pulak......

"isteri awak ada berapa?"
5......

Err, mak uda pelik... takkan lar dah sakit2 macam ni pun pak uda masih nak bergurau... hmm..

Tak lama lepas tu... pak uda pun dah pergi.........

'5'.... terfikir jugak... pak uda nampak 5 bidadari ke?
hmm, manalah tahu... keadaan orang yang dah nak pergi ni kan lain siket... perangai pelik.... dll...

bagaimana pula aku nanti?

lepas tu tiba-tiba mak teringat tentang aku masa kecik2 dulu... masa tu umur aku 5 tahun kot... mak ceritakan balik apa yang aku cakap kat Adam (sepupu aku) lepas balik daripada pengebumian atok jantan...

" ei... atok tak mati lar... atok tido je... tadi nini nampak orang masukkan atok dalam satu bilik.... kat dalam tu ada bilik kecik..."

ish...ish..ish...betul ke aku ada cakap begini? hmm..

Wednesday, May 6, 2009

Terima kasih Abang Ecal!

Tiba-tiba hari ini aku terfikirkan kotak aku dari USM tu yang masih lagi belum sampai Segamat... hmm, rasanya sudah seminggu aku pos.

10.8kg... kena bayar dalam RM15... mengandungi buku-buku dan pakaian... Buku yang mesti dibaca... dan buku yang sudah tidak diperlukan lagi di USM
..
hmm, banyak betul buku... persiapan untuk memasuki Tahun 4.... dan persiapan untuk dot dot dot.... hahaha.... apa-apa je lar

Tadi dalam pukul 5 petang, Ecal sepupu aku yang juga seorang posmen menghantar kotak aku itu dengan menggunakan motornya...

Terharunya aku... bawa kotak aku yang berat itu dengan motor? seimbang ke?

Dia kata, dia nampak kotak aku tu... dan van pulak tak da... van rosak... nak tunggu van, lama lah lagi nak dapat kotak tu...

Oleh kerana dia tahu tu kotak aku... aku tulis nama dan alamat besar-besar... maka dia pun ada rasa macam nak bawakan... kalau kotak orang lain sorry lar... huhu

Apa-apa je lar... abg fezal... TERIMA KASIH banyak-banyak!! ko memang sungguh baik hati...

Bukan setakat baik hati, tapi juga bercita-cita tinggi... hmm, atok aku cerita kat aku dia ada impian nak jadi penternak ayam... tak nak kerja makan gaji... manakala sepupu aku lagi satu tu pula nak jadi penternak lembu.... hmm, bagus bagus.... tapi sekarang diorang masih makan gaji lagi... harap impian-impian itu akan menjadi kenyataan.. insyaAllah...

aku pun tak nak jugak makan gaji.. da 2 kali aku kerja makan gaji layanan hampeh... macam kuli... satu dapat gaji macam berkira.. lagi satu pula kata kalau nak gaji kena pi mintak sendiri.... patut ke? apa guna rekod kedatangan pekerja? hahaha... kekadang aku pelik gak orang yang nak jual produk-produk islam tapi cara berniaga...hmm? adakah aku sedang mengumpat? er, harap2 tidak....

pendek cerita, aku nak bekerja sendiri suatu hari nanti... insyaAllah...

err, tak boley mimpi ja... kena ada usaha jugak... niat kena betul... huhu... kawan2 ingatkan aku ya~... aku ni memang cepat lupa diri... huh

bye bye..

Berhenti Sejenak

Sedang cuba untuk ingat balik apa yang orang2 kat dalam radio IKIM tu cakap pagi tadi ketika aku sedang membuang ekor taugeh.. huhu... tapi tak teringat sangat... Ini ja yang aku ingat...

Tahu tanpa yakin itu bukan ilmu

Maknanya, tahu dan yakin itu mesti seiring??

Complicated... huh...

pokoknya, sentiasalah YAKIN!!!

Tahu sahaja tidak cukup...

adakah aku punya ilmu?

Sunday, May 3, 2009

Am I like Nisa?

Tadi mak cerita...

"Semalam...kan mak buat nasi lemak... mak tanya Nisa... "Sedap tak nasi lemak nenek buat?"

Jawab Nisa... "tak sedap.."

Tapi Nisa makan dengan agak berselera juga... haha...

"... ala... Aina ni tak nak ngan nenek... nanti dah besar nak jugak... macam kak nisa... dulu jual mahal... sekarang dah ok... siap mintak nak naik motor ngan atok lagi... kan Nisa kan?"

lalu Nisa menjawab..

"Nisa... Nisa lah!! Aina... Aina lah..." sambil menunjukkan reaksi muka yang agak kurang senang...

huhu...

Nisa tak suka disamakan dengan orang lain... ya.. budak 3 tahun pun dah boleh berkata begini... hmm, sudah ada pendirian...

Bagus... bagus...

Saturday, May 2, 2009

My brain sex is male (???)



(50% male)
my personal brain score

what's yours? Take this test @
here
The results are based on the angles, spot the difference, 3D shapes and words tasks.

Part 1: Angles
My score: 18 out of 20
Average score for men: 15.1 out of 20
Average score for women: 13.3 out of 20

Part 2: Spot the difference
My score: 36%
Average score for men: 39%
Average score for women: 46%
Hands
My left thumb was on top when I clasped my hands together. This suggests the right half of my brain is dominant.

Part 3: Emotions and Systems
This task looked at whether I prefer to empathise or systemise.

Empathising
My empathy score is: 6 out of 20
Average score for men: 7.9 out of 20
Average score for women:10.6 out of 20

Systemising
Your systemising score is: 12 out of 20
Average score for men: 12.5 out of 20
Average score for women: 8.0 out of 20
My score: 7 out of 10
Average score for men: 6.6 out of 10
Average score for women: 6.6 out of 10

Part 4: Fingers
I've been asked to measure my ring and index fingers.
My ratios came to:
Right Hand: 0.93
Left Hand: 0.95
Average ratio for men:0.982
Average ratio for women:0.991

Part 5: Faces
This task looked at how I rate the attractiveness of a series of faces. The images I looked at were digitally altered to create slight differences in masculinity.
My choices suggest I prefer more feminine faces.

Part 6: 3D shapes
This task tested my ability to mentally rotate 3D shapes.
My score: 8 out of 12
Average score for men: 8.2 out of 12
Average score for women: 7.1 out of 12

words
This task looked at my verbal fluency.
My score: I associated 0 word(s) with grey
and I named 6 word(s) that mean happy.
Average score for men: 11.4 words
totalAverage score for women: 12.4 words total

Ultimatum
This task asked me how I would divide money.
If I had to split £50 with someone, I would demand £25.
So far on the Sex ID test, men have demanded 51.6% (£25.80) of the pot and women have demanded 51.0% (£25.50), on average.

Explanations are given. hmm... so take this test to get the explanations =)
Performance may be affected by many factors in addition to gender, like age and intelligence.

Wednesday, February 25, 2009

mak cik...esq165..PR

Tadi, aku pergi dengar ustazah Bahiyah punya penyampaian... itu pun dah nak abes pukul 11; sebelum tu aku ada tutorial... Tapi sempat jugak ceramah dia membuat aku menangis... Dia cerita kisah yang berlaku pada jiran dia.... tentang seorang ibu tua yang diabaikan 5 orang anaknya... Aku pun tak tahu macam mana aku boleh menangis dengan senangnya... ada sejarah kot...huh... Tapi aku hormat ustazah ini dia ada pendirian hidup dan kepentingan untuk Islam!
Selepas itu, aku pergilah makan kat kafe IK bawah... biasalah makan sorang2... tu pun dah lama aku tak amek lunch... Tiba-tiba, ada seorang mak cik bagi salam dengan penuh hormat... aku terkejut! Lalu dia pun makan dengan aku... entah macam mana boleh mula borak-borak.... mak cik ni kerja kat bahagian kastam... tapi wajah dia macam familiar... hmm, macam pernah jumpa.....


Do you believe in instinct? instinct in BM = kata naluri kah? Aku mula percaya kata naluri lepas mengalami satu tragedi tersalah naik bas... Aku nak balik Segamat dari JB tapi rupa-rupanya aku naik bas Batu Pahat... huhu... panjang ceritanya... Sebelum naik bas memang ada satu perasaan yang berat untuk naik bas itu tapi aku hiraukan saja...


okaylar... pendek cerita... aku agak-agak mak cik ni pernah join ESQ... maka, aku pun tanyalah... dan memang betul pun! Lalu banyaklah cerita pasal ESQ keluar.... memang banyak..... sebab mak cik ni dah pergi sampai level 3... salah satunya ialah kisah seorang lelaki cina ini...

Seorang lelaki cina memberi pandangan peribadinya terhadap Rasullah saw. Dia memang sangat kagum dengan nabi muhammad saw... Banyak sirah(sejarah) tentang nabi saw yang dia tahu... Mak cik ceritakan semula 3 kisah nabi saw yang lelaki cina ini kongsikan dalam interview itu.... salah satu kisahnya ialah kisah depan pintu rumah nabi saw yang selalu diletakkan najis oleh seorang yang tidak menyukai nabi saw... setiap hari dalam tempoh yang sangat lama pasti ada najis depan pintu rumah nabi saw... Pada suatu hari, tiada pula nabi saw jumpa najis, maka nabi saw pun pelik, lalu nabi saw pun pergi ke rumah orang yang selalu letak najis itu... Orang itu sangat kagum dengan kesabaran nabi saw dan jika dahulunya dia membenci nabi saw tetapi selepas bertemu dengan nabi saw, dia sangat tertarik dengan nabi saw lalu dengan rela hati dia melafazkan syahadah... subhanAllaah....




memang lelaki cina ini sangat kagum dengan keperibadian nabi saw... tapi dia belum lagi Islam... mak cik cuba nak bandingkan kisah ini dengan sikap sesetengah orang Melayu yang tidak mengamalkan ajaran Islam yang banyak hasad dengki dan sumpah seranah.... Bandingkanlah dengan kisah nabi kita sendiri saw? Bolehkah kita sesabar itu dan tidak mengeluh langsung?

Mak cik juga banyak cerita pasal anak2 dia, pasal pelajar universiti yang tak macam pelajar universiti... tiada ketrampilan, macam budak sekolah menengah, ngada2, malas, takut2, tak mahu mencuba... huhu... banyaknya... mak cik ni juga pernah terlibat mengendali kem bina jatidiri seperti PLKN...

Yang paling banyak mak cik tekankan ialah PR iaitu public relationship... lalu aku pun tanya, 'macam mana pulak kalau tak peramah tak banyak cakap'... dan mak cik ni cakap, 'itu tak pe, PR tu yang paling penting!'... "kalau awak ilmu banyak sekalipun, PR xde memang susah orang nak terima awak kerja..dll.. awak mesti nyatakan dengan jelas apa yang awak nak dan pendirian awak.."
"awak mesti bawak diri awak tu dengan bangga, semua Allah dah bagi, cukup fizikal sifat dan ada akal... tapi bagaimana awak gunakan apa yang Allah dah bagi? Matlamat hidup mesti jelas... Macam ustazah siti Bahiyah tadi dia guna ilmu dia untuk sampaikan kat masyarakat tentang Islam... Misi dia sudah jelas... duit gaji pun beribu-ribu bukan untuk kita seorang je, Allah dah kata ada hak untuk orang lain... dan yang paling penting makanan dll pastikan halalan toyyiba...."

Sebenarnya memang banyaklah komen-komen dan kata-kata motivasi daripada mak cik ini... Tidak tercatat pulak... Harap aku dapat cerna maklumat-maklumat dan memanfaatkannya.... Alamak, ketrampilan? Ok kot... err, aku ada gaya macam budak sekolah menengah ke? hmm... Pertemuan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari....

Sunday, February 15, 2009

catatan saya : 'Pengalaman di Gaza'


Wacana Ilmiah Semasa Siri 5 (WISE05) 2009

Dr Asmarawati Mohamad Yatim
Pakar Anaesthesiology
Sukarelawan HALUAN dan MERCY Malaysia ke Gaza

"PENGALAMAN DI GAZA"

14 Februari 2009
8:15 malam

Dewan Kuliah G31,
Pusat Pengajian Sains Matematik/Sains Komputer
USM


salaam... ini adalah catatan ringkas saya tentang perkongsian 'PENGALAMAN DI GAZA' oleh Dr.Asmarawati...

Memandangkan doktor yang pergi ke Gaza ini ialah seorang doktor pakar; maka banyaklah dia cerita tentang hospital-hospital di sana. Tentang keadaan pesakit-pesakit yang boleh dikatakan semuanya kritikal ditambah lagi dengan keadaan hospital-hospital yang kritikal! Hanya sebuah hospital yang tidak diusik askar Israel. Hospital yang baru dibina untuk tujuan rehabilitasi juga turut dihentam teruk.

Makmal-makmal kimia semuanya dimusnahkan dengan sangat hebat! Cuba teka kenapa?

Di sana, rakyat Palestin khususnya di Gaza membina sendiri dengan tulang empat kerat lebih kurang 1000 buah terowong bawah tanah untuk menuju ke Mesir dengan tujuan untuk mendapatkan bekalan makanan; dan terowong ini ialah lebih kurang 6 km daripada permukaan Bumi dan satu terowong memakan masa lebih kurang 4 bulan untuk disiapkan.

Baru-baru ini Mesir menerima ?? berbillion USD (tak ingat jumlah yang tepat) dari pihak Amerika Syarikat untuk memasang berpuluh ribu kamera di sekitar Mesir; supaya mereka dapat tahu kedudukan terowong-terowong yang digali Palestin agar dapat mereka musnahkan! Maka, siapakah pengganas di sini? Amerika? Mesir?

Banyak gambar yang menyayat hati di bilik pembedahan = (

Berita melaporkan hanya 13 tentera Israel yang terkorban tetapi HAMAS melaporkan lebih kurang seratus tentera Israel yang mati.

Satu keajaiban; tentera Israel melaporkan melihat sekumpulan tentera HAMAS berpakaian serba putih meletak bom di laluan kereta kebal Israel (kereba kebal itu musnah meletup)... saya tidak dapat membayangkan bagaimana situasinya; tetapi HAMAS menafikan tentera mereka berpakaian putih! Maka siapakah mereka yang berpakaian putih itu? SubhanAllaah! AllaahuAkbar!

Kekuatan rakyat Palestin sungguh luar biasa! Ibu-ibu di sana memotivasikan anak-anak mereka supaya sentiasa gembira... Mereka membiarkan anak-anak mereka di luar rumah dan bebas bermain. Mereka mengharap syahid dan mereka juga mengharap anak-anak mereka syahid. Mereka bangga apabila anak mereka syahid; mereka akan frame kan gambar anak mereka yang syahid dan menggantungkannya (menyimpannya bagi yang sudah tiada rumah)

Semua masjid habis dimusnahkan Israel dengan tujuan agar tiada lagi yang akan pergi ke masjid. Tetapi, semakin ramai pula orang Palestin yang menuju ke masjid kerana ingin mengharap syahid! manakala di hospital, mereka solat di sekitar hospital dan mereka solat awal waktu! Azan tetap berkumandang... AllaahuAkbar!!

Orang Palestin tidak meminta apa-apa daripada kita; melainkan hanya doa agar mereka berjaya dan doa supaya mereka dapat syahid.

Banyak kutipan derma dibuat untuk Palestin daripada pelbagai pihak. Ada yang mempersoalkan sampaikah duit yang mereka sumbangkan kepada rakyat Palestin? Adakah duit infaq tersebut sampai ke tangan FATAH (yang bekerjasama dengan Israel) atau HAMAS? Rasanya kurang sesuai untuk saya memperkatakan tentang hal ini. Tetapi kalau anda ingin menderma dan sangat berharap agar duit yang anda infaqkan sampai ke tangan orang yang layak; salah satu salurannya ialah Tabung Palestin Haluan, kerana wang infaq anda itu inshaAllah akan disampaikan secara terus kepada rakyat Palestin dengan kerjasama beberapa NGO tempatan yang dipercayai. Baru-baru ini, HALUAN yang pergi ke Gaza telah membawa tunai di dalam beg berpuluh ribu untuk disampaikan kepada rakyat Gaza dan agensi yang memerlukan seperti hospital. Alhamdulillaah, setakat ini Mesir tidak memeriksa beg-beg pelawat yang masuk ke Gaza; tetapi untuk masa akan datang Allaah lebih mengetahui...

Palestin bukan isu politik, bukan isu ekonomi dan bukan isu hanya untuk orang Arab sahaja. Secara umum, ia isu kemanusiaan. Tetapi sebagai muslim secara khusus, Al-Aqsa ialah tanah suci orang Islam yang ketiga selepas Mekah dan Madinah; maka ia adalah tanah milik kita juga umat Islam seluruh dunia dan adalah tanggungjawab kita bersama untuk menjaganya kerana Allah. Sungguh Allaah Maha Mengetahui dan Maha Adil.

salaam...