Sunday, January 27, 2008

Iktibar daripada penderhakaan Bani Israel

Ini ialah buku ke-5 dalam kisah Nabi Yahya Siri Kegemilangan Anbiya’ yang dikarang oleh satu pasangan suami isteri, Mohd, Zaid Sani dan Ayesha Abdullah Scott...

Rumusan...

Bani Israel memang sangat DEGIL, mereka tidak pernah ambil iktibar dengan malapetaka yang Allah dah bagi pada mereka. Bukan satu, tapi BANYAK yang Allah sudah turunkan, tapi langsung tak ada inisiatif nak ambil pengajaran!

Dah la degil, KEJAM pulak tu, mereka tahu nabi-nabi datang bawa kebenaran, suruh mentauhidkan Allah, tapi mereka tetap juga tak nak ikut Allah, tapi ikut hawa nafsu.

Contohnya, Raja Herold sangat suka dengar ceramah Nabi Yahya, selalu jemput Nabi Yahya datang istana bagi tazkeerah, tapi bila Nabi Yahya pulang, Raja Herold macam tu jugak, Raja Herold terpikat dengan kecantikan anak tiri yang juga merupakan anak saudaranya (Salome), dan dia sangat ingin berkahwin dengan Salome. Salome ni pun jahat macam mak dia Herodes... Raja Herold minta nasihat Nabi Yahya, dia nak kawin dengan Salome... tapi Nabi Yahya tak bagi, Allah larang! Lalu Nabi Yahya dipenjarakan tapi tetap dilayan dengan baik... Masa dalam penjara Salome ni pernah lawat Nabi Yahya, sebab Nabi Yahya ini sangatlah rupawan, tapi iman Nabi Yahya tinggi, Nabi Yahya langsung tak pandang Salome yang cantik itu dan menolak cinta Salome dengan baik... Salome yang bengang sangat benci Nabi Yahya kerana cintanya tidak berbalas dan bertekad untuk balas dendam. Herodes juga sangat marah akan Nabi Yahya, kerana Nabi Yahya, Raja Herold tak kawin dengan anaknya, Herodes nak Raja Herold kawin dengan anaknya supaya dia dapat terus bertahan di istana itu. Lalu Herodes merancang satu majlis yang ‘meriah’ untuk suaminya itu sempena sambutan hari kelahirannya... arak dihidangkan dengan sangat banyak, muzik, dan tarian... ketika Raja Herold sedang mabuk-mabuk, Herodes suruh anaknya Salome menari depan Raja Herodes dengan ghairah dan... salome yang jahat tu jugak ikut perintah mak dia ini... lalu dia menari dengan muzik yang rancak dan buat aksi yang mengghairahkan, satu-persatu bajunya dibuka... Raja Herold yang dah tak tahan tu, terus mencengkam Salome, tapi Salome bagi syarat, kalau nak bersama dengan dia, Raja Herold mesti hidangkan kepada Nabi Yahya di atas dulang perak, Raja Herold yang dah sasau hilang pertimbangan itu lantas menyuruh orang-orangnya berbuat sedemikian... Nabi Yahya dibunuh dan kepala baginda yang dipancung itu dibawa di dalam sebuah dulang perak dengan darah yang masih menitis... begitu tragis kisah kewafatan Nabi Yahya...

ayah nabi Yahya, nabi Zakaria juga turut dibunuh... malah Nabi Isa (anak saudara Nabi Yahya dah nabi terakhir daripada Bani Israel) juga diancam untuk dibunuh, tapi Allah telah mengangkat Nabi Isa ke langit...

pengikut-pengikut Nabi Isa yang terancam melarikan diri, ke negeri Nabatean yang pada masa itu diperintah oleh seorang raja yang adil dan bijaksana yang bernama Raja Aretas IV atau Kurdus (Gudarz)... yang akhirnya juga memeluk Islam...

raja diberitahu segala kisah pahit di Baitulmaqdis, baginda sangat sedih dan geram dengan Raja Herold dan Bani Israel yang berlaku sewenang-wenangnya, lalu memerintahkan pasukan tenteranya ke Baitulmaqdis untuk ajar Bani Israel yang kejam itu.

Tapi sebelum buat serangan, mereka siasat kejadian yang sebenar yang berlaku dahulu dan suruh pemerintah mereka tegakkan keadilan dan hukum mereka yang bersalah. Tapi kalau mereka tetap berdegil, Raja kurdus kata, “kita akan ajar mereka sahingga peradaban manusia yang zalim ternyah dari muka Bumi!”... diceritakan lebih daripada 70 000 orang daripada kaum Bani Israel telah terbunuh.

Dalam perjalanan tentera pulang, mereka menyaksikan timbunan mayat yang berselerakan dikelilingi lalat dan burung nasar yang lapar. Manakala bau mayat yang busuk, begitu kuat menusuk hidung. Dalam pada itu, di satu sudut Bumi itu kelihatan mata Bani Israel yang masih hidup berlinangan dengan air mata keinsafan sewaktu menanam mayat saudara mereka yang terbunuh.

Lepas itu, Bani Israel menyesal di atas kesalahan yang telah mereka lakukan dan segera bertaubat kepada Allah SWT. Namun, kesalahan mereka membunuh para rasul ini tidak dapat dimaafkan dengan mudah, sejak zaman Nabi Musa a.s dulu mereka sering memperolokkan nabi mereka. Tidak hairan, kejadian Nabi Isa a.s yang penuh dalil kekuasaan Allah ingin didustakan. Malah, kesabaran Nabi Zakaria a.s berdakwah dan mendidik kaumnya seringkali diuji dan difitnah.

Lantaran itu, Allah menurunkan bala kepada seluruh kaum Bani Israel kerana cuba membunuh rasul terakhir daripada kalangan mereka (Nabi Isa a.s). takdir yang menimpa Bani Israel masih berterusan. Lebih kurang 70 tahun lepas itu, Bani Israel telah memberontak terhadap orang Rom tetapi mereka tewas dalam pertempuran itu.

Orang Rom yang tidak beragama dengan agama tauhid ketika itu telah mencemari haikal mereka dengan merampas emas dan batu permata haikal yang berharga dan kemudiannya membakar haikal tersebut.

Dalam tempoh itu, kira-kira 133 000 orang telah disembelih dan 67 000 dijual sebagai hamba abdi dan dibawa ke seluruh Empayar Rom. Manakala bakinya pula dihantar ke lombong-lombong di Mesir ataupun ke gelanggang Amphitheatre untuk dijadikan mangsa binatang liar atau digunakan sebagai sasaran latihan oleh pahlawan Rom.

Mereka juga diharamkan untuk jejakkan kaki ke tanah suci itu lebih daripada 2000 tahun dan dihukum sebagai pandatang asing di bumi bangsa lain. Mereka turut dibenci dan dihina dan dianaktirikan oleh pribumi yang mereka tumpang.

Manakala haikal mereka yang berharga yang menjadi lambang kuasa dan kebanggaan selama ini tidak dibina semula. Lihatlah betapa dahsyatnya nasib yang menimpa Bani Israel lantaran kedegilan dan kesombongan mereka yang tidak berkesudahan itu. Kita doa kepada Allah semoga kita terhindar daripada menerima nasib yang serupa...