Friday, April 18, 2008

hadiah bermakna..dan bererti..

Semalam kak ai sms ada pos parcel untuk aku hari Isnin lepas.. Emmm..what a surprise! what i got? now i have 2 'REACHING FOR THE STARS'.. below are the picts..hehe..(budak tak betul)

Buku yang ada sign Dr. Sheikh Muszhapar tu yang aku beli sendiri masa dia datang USM hari itu, dan yang lagi satu tu hadiah birthday (dah dapat awal2) daripada kak ai aku..(emm..yang belakang tu background screensaver aku..ISS mengelilingi Bumi..emm..sesaje..hehe..sebab terlalu excited)


emm..compare size angkasawan dengan ISS dan dengan Bumi..(subhanallaah)

sekarang aku dah ada 2 buku ini..dan aku belum baca habis...Tapi aku dah baca page [9-12] dan [59-61]..dua2 part tu sedih..sebab ditulis oleh Dr.Sheikh Muszhapar dan Sheikh Arwiz (yang menjaga Ajil-Sheikh Mustapha )... semasa Ajil kat wad, parents mereka kat Rusia berdebar menanti Dr.Sheikh Muszhapar landing ke Bumi..(mestilah cemas kan anak dalam situasi macam itu-kalau tak silap Dr.Sheikh Muszhapar siap buat wasiat lagi)..pada masa itu mereka tidak lagi memberitahu keadaan Ajil yang koma....selepas Dr.Sheikh Muszhapar selamat landing..Arwiz bisik kat telinga Ajil masa tu, "Ajil, did you hear that? Amus has landed savely. He will be coming back soon to see you." pada ketika itu mereka terperasan index finger Ajil bergerak sedikit.. mereka menyangka itu satu 'miracle'....beberapa hari selepas itu akhirnya Ajil menghembuskan nafasnya yang terakhir... kisah benar ini menyedarkan aku yang selalu tak sedar bahawa aku pun akan mati juga nanti...

tetiba hati aku rasa sayu..dan sepi...mula2 punye la excited... First ahli keluarga aku
(yang terdekat) meninggal ialah anak saudara aku yang pertama..masa tu aku form3..3 Syawal..baru abes PMR..usianya ketika itu ialah 2 bulan seminggu...

Sebelum dia lahir angah aku masuk hospital sebab kena chicken pox.. dan tak lama selepas itu dia
(Arfah Irdina) pun lahir...jadi, arwah pun ada juga sedikit masalah sistem immune.. tapi nampak ok je...dan pada petang 2 Syawal, along aku terperasan yang arwah Arfah dari tadi asyik duk pandang siling (malam itu dikatakan dia tidak tidur..muka pun nampak cekung tapi doktor kata demam saja)..sebenarnya seminggu sebelum itu kesihatan dia pun nampak kurang okay..angah aku dah kena masuk ofis, so sebab belum jumpa orang yang dapat jaga (kot..kurang ingat) mak dan ayah (termasuk aku) membawa dia pulang ke segamat..

baru seminggu tidak bersama mama dia..dia nampak makin kurang ok..berbalik pada petang 2 syawal itu, selepas perasan keadaan arfah yang kelihatan pelik..dengan bergegas angah aku n suami dia bawa pergi Hospital... termasuk yang lain.. Arwah kena sawan..suhu badannya sangat tinggi..dan dia asyik tengok siling mata tak berkedip langsung...

tapi masa tu aku rasa semua akan okay..tak pun sekali aku terfikir yang petang itu adalah petang terakhir kami bersama arwah..malam itu aku tak dapat tidur..tetiba dalam pukul 1 pagi telefon rumah berdering..angah aku call..dengan nada yang sangat sayu..suruh aku panggil mak.. Kemudian..aku melihat reaksi mak aku..tetiba mak menjerit sayu..
"Ya Allaah" sambil terduduk dari posisi berdiri tadi.. Lepas tu mak aku cakap 'mungkin arfah dah tak ada lagi'..masa tu arfah masuk ICU..tapi sebelum dia dibawa ke ICU angah aku perasan badan arfah sangat sejuk dan tiba2 air susu dia tumpah.. Angah aku cakap dia baru sahaja terlelap sekejap..dan tibe2 dikejutkan dengan nurse...........

aku sedih tapi aku cuba control tak nak nangis...masa tu aku tolong kosongkan hall...bila tengok baju2 dan sarung2 tangan dan kaki arwah aku segera pergi melipatnya...malam tu sampai pagi aku tak tidur begitu juga yang lain...

tapi akhirnya aku tewas..aku nangis jugak..selepas melihat angah aku keluar dari kereta mendukung anak dia yang tubuhnya telahpun diseliputi kain (kain selimut barangkali..x ingat)..aku nangis tak dapat control...dan apabila jasad arfah diletakkan..dan apabila aku melihat wajahnya..alangkah terkejutnya aku melihat dia sangat comel dan tembam tidak seperti sebelumnya yang cekung..mata dia tidak tutup rapat seperti sedang tidur...ye lah itu tandanya..dia adalah ahli syurga...

dan rohnya terus terbang ke syurga menjadi bidadari di sana... dapatkah aku bersua dengan Arfah Irdina di sana nanti? Sudah lama berlalu 2002...sekarang sudah 2008...Arfah dah ada 3 adik...dan 2 cousins...


Saturday, March 29, 2008

catatan 28/3/08

Seperti yang aku plan semalam..hari ini aku pergi Dewan Budaya nak dengar pasal pengalaman Dr. Mus kat ISS..aku datang agak lewat siket..setengah jam kot..huhh..Ni 2nd time dia datang USM..mase 1st time, dia datang aku x pi sebab ade program kat Kedah.. Dr. Mus kata dia suka USM..arwah adik dia yang meninggal merupakan student USM course ‘archietecture’
Niat aku datang mang nak catat segala point2 yang dia cakap..tapi rasenye x tercatat..huhu..ape yang aku lihat melalui buku yang arwah adik dia tulis (baru bace siket) dan apa yang aku datang tadi..Dr Mus boleh aku puji sebagai orang yang ada wawasan hidup..Ayah mereka dari kecil dah tanam semangat kat mereka..Tampal ‘words’ semangat kat dinding bilek mereka..pagi2 solat subuh same2 pas tu ayah mereka akan bawa ke sungai..mereka berenang-renang membina stamina..ikatan ‘adik-beradik’ mereka agak kuat..
ok lah aku catat je point2 kat bawah ni:
Dia angkasawan Islam yang ke-9.( yang pertama merupakan adik kepada King Abdullah)..tapi dia kira yang pertama dari segi macam ‘ibadat’..sebab kerana dia nak pi space, ulama’2/mufti2 Malaysia berkumpul ngan ulama’2 luar Negara untuk tentukan cara ibadat especially solat..kalau nak ikut (kalau aku tidak tersilap dengar.. ISS akan terima siang dan malam setiap 45 minit)..jadi dia kene solat 80 kali sehari..emm..dia pun x sanggup..so, kata putus oleh ulama’ dia perlu solat ikut waktu Kazakhtan tempat dia berlepas dari Bumi..dan kiblat hanya ikut arah menghadap Bumi..masa solat kena ikat kaki..tidak boleh sujud dan ruku’ terlalu lama..oleh kerana air sangat berharga di sana dia perlu bertayammum..Dan dia jugak angkasawan Islam yang berpuasa dan menyambut Syawal di sana..

1st point yang aku tertarik kenapa perlu buat eksperimen di space? Y not kat Bumi saje? Dia buat eksperimen pasal sel kanser.. semua orang dah tahu keadaan di sana ialah mikrograviti..dan ‘no resistance’..sel kat Bumi nampak ‘depleted’ kat Bumi sebab gravity..kat sana sel kanser itu berbentuk ‘grounded’ n ‘big’..seolah-olah sel itu seperti masih dalam tubuh manusia (bentuk asal sel 3D)..jadi eksperiman lebih mudah dilakukan..

Kat sana.. dia sangat sangat teruja dengan kebesaran Allah..kat ISS ade satu tingkap yang boleh tengok Bumi..Subhanallah..dia kate nampak galaksi yang begitu luas..dan nampak pemandangan Bumi; salji, laut, gunung dari ISS..n yang best dia kata dapat tengok Pulau Pinang..Dia cube lambai2 kat orang Penang tapi x de orang respons..hehe..(lawak)..tapi dia kate susah nak tengok Malaysia dari ISS sebab Malaysia terletak kawasan equator banyak dilitupi ‘awan’..

Di ISS, siang dan malam berlaku setiap 45 minit. Oleh itu, jam tangan amat penting dalam meneruskan kehidupan harian di angkasa lepas.


Kene tdo dalam ‘sleeping bed’..dan kene ikat..ade sekali dia bangun tibe2 dia dah berada di hujung ISS…
………..
Kat bawah, copy paste daripada satu akhbar yang diceritakan oleh Dr. Muszhapar pasal ISS:

ISS sentiasa mengelilingi orbit pada ketinggian kira-kira 400 kilometer dari bumi. ISS didiami empat krew yang sentiasa menjalankan pelbagai aktiviti seperti eksperimen saintifik dan membina ISS yang dijangka siap pada 2009.

Suhu di ISS ditetapkan antara 22 hingga 26 darjah Celsius dan dikawal oleh pusat kawalan misi di Moscowdan Houston. Tekanan dan kandungan udara adalah sama seperti di bumi. Kandungan oksigen, karbon dioksida dan nitrogen dikawal dengan teliti oleh pakar bagi memastikan sesuai untuk krew.

Sistem amaran akan berbunyi jika ada perubahan dalam kandungan udara di ISS dan tindakan sewajar akan diambil untuk memastikan keselamatan krew di ISS.

Sementara itu, waktu di ISS adalah mengikut GMT (Masa Min Greenwich). Saya memakai tiga jam tangan di ISS bertujuan pertama, melihat waktu solat mengikut waktu Kazakhstan; kedua, waktu GMT untuk kerja seharian dan ketiga, waktu Malaysia sebagai panduan waktu negara tercinta.

Sunday, January 27, 2008

Iktibar daripada penderhakaan Bani Israel

Ini ialah buku ke-5 dalam kisah Nabi Yahya Siri Kegemilangan Anbiya’ yang dikarang oleh satu pasangan suami isteri, Mohd, Zaid Sani dan Ayesha Abdullah Scott...

Rumusan...

Bani Israel memang sangat DEGIL, mereka tidak pernah ambil iktibar dengan malapetaka yang Allah dah bagi pada mereka. Bukan satu, tapi BANYAK yang Allah sudah turunkan, tapi langsung tak ada inisiatif nak ambil pengajaran!

Dah la degil, KEJAM pulak tu, mereka tahu nabi-nabi datang bawa kebenaran, suruh mentauhidkan Allah, tapi mereka tetap juga tak nak ikut Allah, tapi ikut hawa nafsu.

Contohnya, Raja Herold sangat suka dengar ceramah Nabi Yahya, selalu jemput Nabi Yahya datang istana bagi tazkeerah, tapi bila Nabi Yahya pulang, Raja Herold macam tu jugak, Raja Herold terpikat dengan kecantikan anak tiri yang juga merupakan anak saudaranya (Salome), dan dia sangat ingin berkahwin dengan Salome. Salome ni pun jahat macam mak dia Herodes... Raja Herold minta nasihat Nabi Yahya, dia nak kawin dengan Salome... tapi Nabi Yahya tak bagi, Allah larang! Lalu Nabi Yahya dipenjarakan tapi tetap dilayan dengan baik... Masa dalam penjara Salome ni pernah lawat Nabi Yahya, sebab Nabi Yahya ini sangatlah rupawan, tapi iman Nabi Yahya tinggi, Nabi Yahya langsung tak pandang Salome yang cantik itu dan menolak cinta Salome dengan baik... Salome yang bengang sangat benci Nabi Yahya kerana cintanya tidak berbalas dan bertekad untuk balas dendam. Herodes juga sangat marah akan Nabi Yahya, kerana Nabi Yahya, Raja Herold tak kawin dengan anaknya, Herodes nak Raja Herold kawin dengan anaknya supaya dia dapat terus bertahan di istana itu. Lalu Herodes merancang satu majlis yang ‘meriah’ untuk suaminya itu sempena sambutan hari kelahirannya... arak dihidangkan dengan sangat banyak, muzik, dan tarian... ketika Raja Herold sedang mabuk-mabuk, Herodes suruh anaknya Salome menari depan Raja Herodes dengan ghairah dan... salome yang jahat tu jugak ikut perintah mak dia ini... lalu dia menari dengan muzik yang rancak dan buat aksi yang mengghairahkan, satu-persatu bajunya dibuka... Raja Herold yang dah tak tahan tu, terus mencengkam Salome, tapi Salome bagi syarat, kalau nak bersama dengan dia, Raja Herold mesti hidangkan kepada Nabi Yahya di atas dulang perak, Raja Herold yang dah sasau hilang pertimbangan itu lantas menyuruh orang-orangnya berbuat sedemikian... Nabi Yahya dibunuh dan kepala baginda yang dipancung itu dibawa di dalam sebuah dulang perak dengan darah yang masih menitis... begitu tragis kisah kewafatan Nabi Yahya...

ayah nabi Yahya, nabi Zakaria juga turut dibunuh... malah Nabi Isa (anak saudara Nabi Yahya dah nabi terakhir daripada Bani Israel) juga diancam untuk dibunuh, tapi Allah telah mengangkat Nabi Isa ke langit...

pengikut-pengikut Nabi Isa yang terancam melarikan diri, ke negeri Nabatean yang pada masa itu diperintah oleh seorang raja yang adil dan bijaksana yang bernama Raja Aretas IV atau Kurdus (Gudarz)... yang akhirnya juga memeluk Islam...

raja diberitahu segala kisah pahit di Baitulmaqdis, baginda sangat sedih dan geram dengan Raja Herold dan Bani Israel yang berlaku sewenang-wenangnya, lalu memerintahkan pasukan tenteranya ke Baitulmaqdis untuk ajar Bani Israel yang kejam itu.

Tapi sebelum buat serangan, mereka siasat kejadian yang sebenar yang berlaku dahulu dan suruh pemerintah mereka tegakkan keadilan dan hukum mereka yang bersalah. Tapi kalau mereka tetap berdegil, Raja kurdus kata, “kita akan ajar mereka sahingga peradaban manusia yang zalim ternyah dari muka Bumi!”... diceritakan lebih daripada 70 000 orang daripada kaum Bani Israel telah terbunuh.

Dalam perjalanan tentera pulang, mereka menyaksikan timbunan mayat yang berselerakan dikelilingi lalat dan burung nasar yang lapar. Manakala bau mayat yang busuk, begitu kuat menusuk hidung. Dalam pada itu, di satu sudut Bumi itu kelihatan mata Bani Israel yang masih hidup berlinangan dengan air mata keinsafan sewaktu menanam mayat saudara mereka yang terbunuh.

Lepas itu, Bani Israel menyesal di atas kesalahan yang telah mereka lakukan dan segera bertaubat kepada Allah SWT. Namun, kesalahan mereka membunuh para rasul ini tidak dapat dimaafkan dengan mudah, sejak zaman Nabi Musa a.s dulu mereka sering memperolokkan nabi mereka. Tidak hairan, kejadian Nabi Isa a.s yang penuh dalil kekuasaan Allah ingin didustakan. Malah, kesabaran Nabi Zakaria a.s berdakwah dan mendidik kaumnya seringkali diuji dan difitnah.

Lantaran itu, Allah menurunkan bala kepada seluruh kaum Bani Israel kerana cuba membunuh rasul terakhir daripada kalangan mereka (Nabi Isa a.s). takdir yang menimpa Bani Israel masih berterusan. Lebih kurang 70 tahun lepas itu, Bani Israel telah memberontak terhadap orang Rom tetapi mereka tewas dalam pertempuran itu.

Orang Rom yang tidak beragama dengan agama tauhid ketika itu telah mencemari haikal mereka dengan merampas emas dan batu permata haikal yang berharga dan kemudiannya membakar haikal tersebut.

Dalam tempoh itu, kira-kira 133 000 orang telah disembelih dan 67 000 dijual sebagai hamba abdi dan dibawa ke seluruh Empayar Rom. Manakala bakinya pula dihantar ke lombong-lombong di Mesir ataupun ke gelanggang Amphitheatre untuk dijadikan mangsa binatang liar atau digunakan sebagai sasaran latihan oleh pahlawan Rom.

Mereka juga diharamkan untuk jejakkan kaki ke tanah suci itu lebih daripada 2000 tahun dan dihukum sebagai pandatang asing di bumi bangsa lain. Mereka turut dibenci dan dihina dan dianaktirikan oleh pribumi yang mereka tumpang.

Manakala haikal mereka yang berharga yang menjadi lambang kuasa dan kebanggaan selama ini tidak dibina semula. Lihatlah betapa dahsyatnya nasib yang menimpa Bani Israel lantaran kedegilan dan kesombongan mereka yang tidak berkesudahan itu. Kita doa kepada Allah semoga kita terhindar daripada menerima nasib yang serupa...