Saturday, March 29, 2008

catatan 28/3/08

Seperti yang aku plan semalam..hari ini aku pergi Dewan Budaya nak dengar pasal pengalaman Dr. Mus kat ISS..aku datang agak lewat siket..setengah jam kot..huhh..Ni 2nd time dia datang USM..mase 1st time, dia datang aku x pi sebab ade program kat Kedah.. Dr. Mus kata dia suka USM..arwah adik dia yang meninggal merupakan student USM course ‘archietecture’
Niat aku datang mang nak catat segala point2 yang dia cakap..tapi rasenye x tercatat..huhu..ape yang aku lihat melalui buku yang arwah adik dia tulis (baru bace siket) dan apa yang aku datang tadi..Dr Mus boleh aku puji sebagai orang yang ada wawasan hidup..Ayah mereka dari kecil dah tanam semangat kat mereka..Tampal ‘words’ semangat kat dinding bilek mereka..pagi2 solat subuh same2 pas tu ayah mereka akan bawa ke sungai..mereka berenang-renang membina stamina..ikatan ‘adik-beradik’ mereka agak kuat..
ok lah aku catat je point2 kat bawah ni:
Dia angkasawan Islam yang ke-9.( yang pertama merupakan adik kepada King Abdullah)..tapi dia kira yang pertama dari segi macam ‘ibadat’..sebab kerana dia nak pi space, ulama’2/mufti2 Malaysia berkumpul ngan ulama’2 luar Negara untuk tentukan cara ibadat especially solat..kalau nak ikut (kalau aku tidak tersilap dengar.. ISS akan terima siang dan malam setiap 45 minit)..jadi dia kene solat 80 kali sehari..emm..dia pun x sanggup..so, kata putus oleh ulama’ dia perlu solat ikut waktu Kazakhtan tempat dia berlepas dari Bumi..dan kiblat hanya ikut arah menghadap Bumi..masa solat kena ikat kaki..tidak boleh sujud dan ruku’ terlalu lama..oleh kerana air sangat berharga di sana dia perlu bertayammum..Dan dia jugak angkasawan Islam yang berpuasa dan menyambut Syawal di sana..

1st point yang aku tertarik kenapa perlu buat eksperimen di space? Y not kat Bumi saje? Dia buat eksperimen pasal sel kanser.. semua orang dah tahu keadaan di sana ialah mikrograviti..dan ‘no resistance’..sel kat Bumi nampak ‘depleted’ kat Bumi sebab gravity..kat sana sel kanser itu berbentuk ‘grounded’ n ‘big’..seolah-olah sel itu seperti masih dalam tubuh manusia (bentuk asal sel 3D)..jadi eksperiman lebih mudah dilakukan..

Kat sana.. dia sangat sangat teruja dengan kebesaran Allah..kat ISS ade satu tingkap yang boleh tengok Bumi..Subhanallah..dia kate nampak galaksi yang begitu luas..dan nampak pemandangan Bumi; salji, laut, gunung dari ISS..n yang best dia kata dapat tengok Pulau Pinang..Dia cube lambai2 kat orang Penang tapi x de orang respons..hehe..(lawak)..tapi dia kate susah nak tengok Malaysia dari ISS sebab Malaysia terletak kawasan equator banyak dilitupi ‘awan’..

Di ISS, siang dan malam berlaku setiap 45 minit. Oleh itu, jam tangan amat penting dalam meneruskan kehidupan harian di angkasa lepas.


Kene tdo dalam ‘sleeping bed’..dan kene ikat..ade sekali dia bangun tibe2 dia dah berada di hujung ISS…
………..
Kat bawah, copy paste daripada satu akhbar yang diceritakan oleh Dr. Muszhapar pasal ISS:

ISS sentiasa mengelilingi orbit pada ketinggian kira-kira 400 kilometer dari bumi. ISS didiami empat krew yang sentiasa menjalankan pelbagai aktiviti seperti eksperimen saintifik dan membina ISS yang dijangka siap pada 2009.

Suhu di ISS ditetapkan antara 22 hingga 26 darjah Celsius dan dikawal oleh pusat kawalan misi di Moscowdan Houston. Tekanan dan kandungan udara adalah sama seperti di bumi. Kandungan oksigen, karbon dioksida dan nitrogen dikawal dengan teliti oleh pakar bagi memastikan sesuai untuk krew.

Sistem amaran akan berbunyi jika ada perubahan dalam kandungan udara di ISS dan tindakan sewajar akan diambil untuk memastikan keselamatan krew di ISS.

Sementara itu, waktu di ISS adalah mengikut GMT (Masa Min Greenwich). Saya memakai tiga jam tangan di ISS bertujuan pertama, melihat waktu solat mengikut waktu Kazakhstan; kedua, waktu GMT untuk kerja seharian dan ketiga, waktu Malaysia sebagai panduan waktu negara tercinta.