Wednesday, February 25, 2009

mak cik...esq165..PR

Tadi, aku pergi dengar ustazah Bahiyah punya penyampaian... itu pun dah nak abes pukul 11; sebelum tu aku ada tutorial... Tapi sempat jugak ceramah dia membuat aku menangis... Dia cerita kisah yang berlaku pada jiran dia.... tentang seorang ibu tua yang diabaikan 5 orang anaknya... Aku pun tak tahu macam mana aku boleh menangis dengan senangnya... ada sejarah kot...huh... Tapi aku hormat ustazah ini dia ada pendirian hidup dan kepentingan untuk Islam!
Selepas itu, aku pergilah makan kat kafe IK bawah... biasalah makan sorang2... tu pun dah lama aku tak amek lunch... Tiba-tiba, ada seorang mak cik bagi salam dengan penuh hormat... aku terkejut! Lalu dia pun makan dengan aku... entah macam mana boleh mula borak-borak.... mak cik ni kerja kat bahagian kastam... tapi wajah dia macam familiar... hmm, macam pernah jumpa.....


Do you believe in instinct? instinct in BM = kata naluri kah? Aku mula percaya kata naluri lepas mengalami satu tragedi tersalah naik bas... Aku nak balik Segamat dari JB tapi rupa-rupanya aku naik bas Batu Pahat... huhu... panjang ceritanya... Sebelum naik bas memang ada satu perasaan yang berat untuk naik bas itu tapi aku hiraukan saja...


okaylar... pendek cerita... aku agak-agak mak cik ni pernah join ESQ... maka, aku pun tanyalah... dan memang betul pun! Lalu banyaklah cerita pasal ESQ keluar.... memang banyak..... sebab mak cik ni dah pergi sampai level 3... salah satunya ialah kisah seorang lelaki cina ini...

Seorang lelaki cina memberi pandangan peribadinya terhadap Rasullah saw. Dia memang sangat kagum dengan nabi muhammad saw... Banyak sirah(sejarah) tentang nabi saw yang dia tahu... Mak cik ceritakan semula 3 kisah nabi saw yang lelaki cina ini kongsikan dalam interview itu.... salah satu kisahnya ialah kisah depan pintu rumah nabi saw yang selalu diletakkan najis oleh seorang yang tidak menyukai nabi saw... setiap hari dalam tempoh yang sangat lama pasti ada najis depan pintu rumah nabi saw... Pada suatu hari, tiada pula nabi saw jumpa najis, maka nabi saw pun pelik, lalu nabi saw pun pergi ke rumah orang yang selalu letak najis itu... Orang itu sangat kagum dengan kesabaran nabi saw dan jika dahulunya dia membenci nabi saw tetapi selepas bertemu dengan nabi saw, dia sangat tertarik dengan nabi saw lalu dengan rela hati dia melafazkan syahadah... subhanAllaah....




memang lelaki cina ini sangat kagum dengan keperibadian nabi saw... tapi dia belum lagi Islam... mak cik cuba nak bandingkan kisah ini dengan sikap sesetengah orang Melayu yang tidak mengamalkan ajaran Islam yang banyak hasad dengki dan sumpah seranah.... Bandingkanlah dengan kisah nabi kita sendiri saw? Bolehkah kita sesabar itu dan tidak mengeluh langsung?

Mak cik juga banyak cerita pasal anak2 dia, pasal pelajar universiti yang tak macam pelajar universiti... tiada ketrampilan, macam budak sekolah menengah, ngada2, malas, takut2, tak mahu mencuba... huhu... banyaknya... mak cik ni juga pernah terlibat mengendali kem bina jatidiri seperti PLKN...

Yang paling banyak mak cik tekankan ialah PR iaitu public relationship... lalu aku pun tanya, 'macam mana pulak kalau tak peramah tak banyak cakap'... dan mak cik ni cakap, 'itu tak pe, PR tu yang paling penting!'... "kalau awak ilmu banyak sekalipun, PR xde memang susah orang nak terima awak kerja..dll.. awak mesti nyatakan dengan jelas apa yang awak nak dan pendirian awak.."
"awak mesti bawak diri awak tu dengan bangga, semua Allah dah bagi, cukup fizikal sifat dan ada akal... tapi bagaimana awak gunakan apa yang Allah dah bagi? Matlamat hidup mesti jelas... Macam ustazah siti Bahiyah tadi dia guna ilmu dia untuk sampaikan kat masyarakat tentang Islam... Misi dia sudah jelas... duit gaji pun beribu-ribu bukan untuk kita seorang je, Allah dah kata ada hak untuk orang lain... dan yang paling penting makanan dll pastikan halalan toyyiba...."

Sebenarnya memang banyaklah komen-komen dan kata-kata motivasi daripada mak cik ini... Tidak tercatat pulak... Harap aku dapat cerna maklumat-maklumat dan memanfaatkannya.... Alamak, ketrampilan? Ok kot... err, aku ada gaya macam budak sekolah menengah ke? hmm... Pertemuan berakhir pada pukul 12.30 tengah hari....

Sunday, February 15, 2009

catatan saya : 'Pengalaman di Gaza'


Wacana Ilmiah Semasa Siri 5 (WISE05) 2009

Dr Asmarawati Mohamad Yatim
Pakar Anaesthesiology
Sukarelawan HALUAN dan MERCY Malaysia ke Gaza

"PENGALAMAN DI GAZA"

14 Februari 2009
8:15 malam

Dewan Kuliah G31,
Pusat Pengajian Sains Matematik/Sains Komputer
USM


salaam... ini adalah catatan ringkas saya tentang perkongsian 'PENGALAMAN DI GAZA' oleh Dr.Asmarawati...

Memandangkan doktor yang pergi ke Gaza ini ialah seorang doktor pakar; maka banyaklah dia cerita tentang hospital-hospital di sana. Tentang keadaan pesakit-pesakit yang boleh dikatakan semuanya kritikal ditambah lagi dengan keadaan hospital-hospital yang kritikal! Hanya sebuah hospital yang tidak diusik askar Israel. Hospital yang baru dibina untuk tujuan rehabilitasi juga turut dihentam teruk.

Makmal-makmal kimia semuanya dimusnahkan dengan sangat hebat! Cuba teka kenapa?

Di sana, rakyat Palestin khususnya di Gaza membina sendiri dengan tulang empat kerat lebih kurang 1000 buah terowong bawah tanah untuk menuju ke Mesir dengan tujuan untuk mendapatkan bekalan makanan; dan terowong ini ialah lebih kurang 6 km daripada permukaan Bumi dan satu terowong memakan masa lebih kurang 4 bulan untuk disiapkan.

Baru-baru ini Mesir menerima ?? berbillion USD (tak ingat jumlah yang tepat) dari pihak Amerika Syarikat untuk memasang berpuluh ribu kamera di sekitar Mesir; supaya mereka dapat tahu kedudukan terowong-terowong yang digali Palestin agar dapat mereka musnahkan! Maka, siapakah pengganas di sini? Amerika? Mesir?

Banyak gambar yang menyayat hati di bilik pembedahan = (

Berita melaporkan hanya 13 tentera Israel yang terkorban tetapi HAMAS melaporkan lebih kurang seratus tentera Israel yang mati.

Satu keajaiban; tentera Israel melaporkan melihat sekumpulan tentera HAMAS berpakaian serba putih meletak bom di laluan kereta kebal Israel (kereba kebal itu musnah meletup)... saya tidak dapat membayangkan bagaimana situasinya; tetapi HAMAS menafikan tentera mereka berpakaian putih! Maka siapakah mereka yang berpakaian putih itu? SubhanAllaah! AllaahuAkbar!

Kekuatan rakyat Palestin sungguh luar biasa! Ibu-ibu di sana memotivasikan anak-anak mereka supaya sentiasa gembira... Mereka membiarkan anak-anak mereka di luar rumah dan bebas bermain. Mereka mengharap syahid dan mereka juga mengharap anak-anak mereka syahid. Mereka bangga apabila anak mereka syahid; mereka akan frame kan gambar anak mereka yang syahid dan menggantungkannya (menyimpannya bagi yang sudah tiada rumah)

Semua masjid habis dimusnahkan Israel dengan tujuan agar tiada lagi yang akan pergi ke masjid. Tetapi, semakin ramai pula orang Palestin yang menuju ke masjid kerana ingin mengharap syahid! manakala di hospital, mereka solat di sekitar hospital dan mereka solat awal waktu! Azan tetap berkumandang... AllaahuAkbar!!

Orang Palestin tidak meminta apa-apa daripada kita; melainkan hanya doa agar mereka berjaya dan doa supaya mereka dapat syahid.

Banyak kutipan derma dibuat untuk Palestin daripada pelbagai pihak. Ada yang mempersoalkan sampaikah duit yang mereka sumbangkan kepada rakyat Palestin? Adakah duit infaq tersebut sampai ke tangan FATAH (yang bekerjasama dengan Israel) atau HAMAS? Rasanya kurang sesuai untuk saya memperkatakan tentang hal ini. Tetapi kalau anda ingin menderma dan sangat berharap agar duit yang anda infaqkan sampai ke tangan orang yang layak; salah satu salurannya ialah Tabung Palestin Haluan, kerana wang infaq anda itu inshaAllah akan disampaikan secara terus kepada rakyat Palestin dengan kerjasama beberapa NGO tempatan yang dipercayai. Baru-baru ini, HALUAN yang pergi ke Gaza telah membawa tunai di dalam beg berpuluh ribu untuk disampaikan kepada rakyat Gaza dan agensi yang memerlukan seperti hospital. Alhamdulillaah, setakat ini Mesir tidak memeriksa beg-beg pelawat yang masuk ke Gaza; tetapi untuk masa akan datang Allaah lebih mengetahui...

Palestin bukan isu politik, bukan isu ekonomi dan bukan isu hanya untuk orang Arab sahaja. Secara umum, ia isu kemanusiaan. Tetapi sebagai muslim secara khusus, Al-Aqsa ialah tanah suci orang Islam yang ketiga selepas Mekah dan Madinah; maka ia adalah tanah milik kita juga umat Islam seluruh dunia dan adalah tanggungjawab kita bersama untuk menjaganya kerana Allah. Sungguh Allaah Maha Mengetahui dan Maha Adil.

salaam...

Sunday, February 8, 2009

wrong interpretation!


You can debate about Islam. Quran is always ready for the answer.

Do they not consider the Qur’an? Had it been from any other than Allah, they would surely have found therein much discrepancy.] (An-Nisaa’ 4:82 )

Accidently, I found this site...


All the statements are wrong:
- Muslims are not being taught to hate jews. No Quran verse that ask muslims to do so.
- Quran specifically mention 'the jews'; not all jews.

They have misunderstand the videos. The videos in the website could not prove that muslims are terrorists. From Quran; Al-Baqara:62

Those who believe (in the Qur'an), and those who follow the Jewish (scriptures), and the Christians and the Sabians,- any who believe in Allah and the Last Day, and work righteousness, shall have their reward with their Lord; on them shall be no fear, nor shall they grieve.


I leave behind me two things, the Qur'an and my example, the sunnah and if you follow these you will never go astray.

Unfortunately, not all muslims follow these 2 things nowadays. The most effective ways to learn about Islam is through research. Well, many people revert to Islam after a deep research about Islam; learn the two things Qur'an and the sunnah... and you will never go astray!