Sunday, February 15, 2009

catatan saya : 'Pengalaman di Gaza'


Wacana Ilmiah Semasa Siri 5 (WISE05) 2009

Dr Asmarawati Mohamad Yatim
Pakar Anaesthesiology
Sukarelawan HALUAN dan MERCY Malaysia ke Gaza

"PENGALAMAN DI GAZA"

14 Februari 2009
8:15 malam

Dewan Kuliah G31,
Pusat Pengajian Sains Matematik/Sains Komputer
USM


salaam... ini adalah catatan ringkas saya tentang perkongsian 'PENGALAMAN DI GAZA' oleh Dr.Asmarawati...

Memandangkan doktor yang pergi ke Gaza ini ialah seorang doktor pakar; maka banyaklah dia cerita tentang hospital-hospital di sana. Tentang keadaan pesakit-pesakit yang boleh dikatakan semuanya kritikal ditambah lagi dengan keadaan hospital-hospital yang kritikal! Hanya sebuah hospital yang tidak diusik askar Israel. Hospital yang baru dibina untuk tujuan rehabilitasi juga turut dihentam teruk.

Makmal-makmal kimia semuanya dimusnahkan dengan sangat hebat! Cuba teka kenapa?

Di sana, rakyat Palestin khususnya di Gaza membina sendiri dengan tulang empat kerat lebih kurang 1000 buah terowong bawah tanah untuk menuju ke Mesir dengan tujuan untuk mendapatkan bekalan makanan; dan terowong ini ialah lebih kurang 6 km daripada permukaan Bumi dan satu terowong memakan masa lebih kurang 4 bulan untuk disiapkan.

Baru-baru ini Mesir menerima ?? berbillion USD (tak ingat jumlah yang tepat) dari pihak Amerika Syarikat untuk memasang berpuluh ribu kamera di sekitar Mesir; supaya mereka dapat tahu kedudukan terowong-terowong yang digali Palestin agar dapat mereka musnahkan! Maka, siapakah pengganas di sini? Amerika? Mesir?

Banyak gambar yang menyayat hati di bilik pembedahan = (

Berita melaporkan hanya 13 tentera Israel yang terkorban tetapi HAMAS melaporkan lebih kurang seratus tentera Israel yang mati.

Satu keajaiban; tentera Israel melaporkan melihat sekumpulan tentera HAMAS berpakaian serba putih meletak bom di laluan kereta kebal Israel (kereba kebal itu musnah meletup)... saya tidak dapat membayangkan bagaimana situasinya; tetapi HAMAS menafikan tentera mereka berpakaian putih! Maka siapakah mereka yang berpakaian putih itu? SubhanAllaah! AllaahuAkbar!

Kekuatan rakyat Palestin sungguh luar biasa! Ibu-ibu di sana memotivasikan anak-anak mereka supaya sentiasa gembira... Mereka membiarkan anak-anak mereka di luar rumah dan bebas bermain. Mereka mengharap syahid dan mereka juga mengharap anak-anak mereka syahid. Mereka bangga apabila anak mereka syahid; mereka akan frame kan gambar anak mereka yang syahid dan menggantungkannya (menyimpannya bagi yang sudah tiada rumah)

Semua masjid habis dimusnahkan Israel dengan tujuan agar tiada lagi yang akan pergi ke masjid. Tetapi, semakin ramai pula orang Palestin yang menuju ke masjid kerana ingin mengharap syahid! manakala di hospital, mereka solat di sekitar hospital dan mereka solat awal waktu! Azan tetap berkumandang... AllaahuAkbar!!

Orang Palestin tidak meminta apa-apa daripada kita; melainkan hanya doa agar mereka berjaya dan doa supaya mereka dapat syahid.

Banyak kutipan derma dibuat untuk Palestin daripada pelbagai pihak. Ada yang mempersoalkan sampaikah duit yang mereka sumbangkan kepada rakyat Palestin? Adakah duit infaq tersebut sampai ke tangan FATAH (yang bekerjasama dengan Israel) atau HAMAS? Rasanya kurang sesuai untuk saya memperkatakan tentang hal ini. Tetapi kalau anda ingin menderma dan sangat berharap agar duit yang anda infaqkan sampai ke tangan orang yang layak; salah satu salurannya ialah Tabung Palestin Haluan, kerana wang infaq anda itu inshaAllah akan disampaikan secara terus kepada rakyat Palestin dengan kerjasama beberapa NGO tempatan yang dipercayai. Baru-baru ini, HALUAN yang pergi ke Gaza telah membawa tunai di dalam beg berpuluh ribu untuk disampaikan kepada rakyat Gaza dan agensi yang memerlukan seperti hospital. Alhamdulillaah, setakat ini Mesir tidak memeriksa beg-beg pelawat yang masuk ke Gaza; tetapi untuk masa akan datang Allaah lebih mengetahui...

Palestin bukan isu politik, bukan isu ekonomi dan bukan isu hanya untuk orang Arab sahaja. Secara umum, ia isu kemanusiaan. Tetapi sebagai muslim secara khusus, Al-Aqsa ialah tanah suci orang Islam yang ketiga selepas Mekah dan Madinah; maka ia adalah tanah milik kita juga umat Islam seluruh dunia dan adalah tanggungjawab kita bersama untuk menjaganya kerana Allah. Sungguh Allaah Maha Mengetahui dan Maha Adil.

salaam...

No comments:

Post a Comment