Semalam kak ai sms ada pos parcel untuk aku hari Isnin lepas.. Emmm..what a surprise! what i got? now i have 2 'REACHING FOR THE STARS'.. below are the picts..hehe..(budak tak betul)
tetiba hati aku rasa sayu..dan sepi...mula2 punye la excited... First ahli keluarga aku (yang terdekat) meninggal ialah anak saudara aku yang pertama..masa tu aku form3..3 Syawal..baru abes PMR..usianya ketika itu ialah 2 bulan seminggu...
Sebelum dia lahir angah aku masuk hospital sebab kena chicken pox.. dan tak lama selepas itu dia (Arfah Irdina) pun lahir...jadi, arwah pun ada juga sedikit masalah sistem immune.. tapi nampak ok je...dan pada petang 2 Syawal, along aku terperasan yang arwah Arfah dari tadi asyik duk pandang siling (malam itu dikatakan dia tidak tidur..muka pun nampak cekung tapi doktor kata demam saja)..sebenarnya seminggu sebelum itu kesihatan dia pun nampak kurang okay..angah aku dah kena masuk ofis, so sebab belum jumpa orang yang dapat jaga (kot..kurang ingat) mak dan ayah (termasuk aku) membawa dia pulang ke segamat..
baru seminggu tidak bersama mama dia..dia nampak makin kurang ok..berbalik pada petang 2 syawal itu, selepas perasan keadaan arfah yang kelihatan pelik..dengan bergegas angah aku n suami dia bawa pergi Hospital... termasuk yang lain.. Arwah kena sawan..suhu badannya sangat tinggi..dan dia asyik tengok siling mata tak berkedip langsung...
tapi masa tu aku rasa semua akan okay..tak pun sekali aku terfikir yang petang itu adalah petang terakhir kami bersama arwah..malam itu aku tak dapat tidur..tetiba dalam pukul 1 pagi telefon rumah berdering..angah aku call..dengan nada yang sangat sayu..suruh aku panggil mak.. Kemudian..aku melihat reaksi mak aku..tetiba mak menjerit sayu.."Ya Allaah" sambil terduduk dari posisi berdiri tadi.. Lepas tu mak aku cakap 'mungkin arfah dah tak ada lagi'..masa tu arfah masuk ICU..tapi sebelum dia dibawa ke ICU angah aku perasan badan arfah sangat sejuk dan tiba2 air susu dia tumpah.. Angah aku cakap dia baru sahaja terlelap sekejap..dan tibe2 dikejutkan dengan nurse...........
aku sedih tapi aku cuba control tak nak nangis...masa tu aku tolong kosongkan hall...bila tengok baju2 dan sarung2 tangan dan kaki arwah aku segera pergi melipatnya...malam tu sampai pagi aku tak tidur begitu juga yang lain...
tapi akhirnya aku tewas..aku nangis jugak..selepas melihat angah aku keluar dari kereta mendukung anak dia yang tubuhnya telahpun diseliputi kain (kain selimut barangkali..x ingat)..aku nangis tak dapat control...dan apabila jasad arfah diletakkan..dan apabila aku melihat wajahnya..alangkah terkejutnya aku melihat dia sangat comel dan tembam tidak seperti sebelumnya yang cekung..mata dia tidak tutup rapat seperti sedang tidur...ye lah itu tandanya..dia adalah ahli syurga...
dan rohnya terus terbang ke syurga menjadi bidadari di sana... dapatkah aku bersua dengan Arfah Irdina di sana nanti? Sudah lama berlalu 2002...sekarang sudah 2008...Arfah dah ada 3 adik...dan 2 cousins...